Saturday, November 26, 2016

2 weeks before the grand finale

Well, salaam all

2 bulan sudah tidak menulis. Juggling with school stuff and all. Esok umi akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Semoga umi mendapat umrah yang mabrur, selamat pergi dan pulang. Eru dan Ma akan menduduki kertas pertama Surgery pada 12hb Dec. Sabtu depan bukan final lagi. Tu termasuk daripada penilaian tahunan 20%. Ada 40 soalan objektif, markahnya 40 dijawab dalam masa 90 minit. Semoga Ma dan Eru sukses sebelum, semasa dan selepas menjawab.

Eru dan Ma sudah survey2 tiket untuk korang sekalian datang. Tapi tak boleh cakap panjang sebab lambat lagi. Bulan 3 baru konvo. At least beli lepas habis exam. Mungkin bulan 2 dah boleh start beli dan decide perkara2 lain.

Tentang lepas exam.
Ada banyak benda dah dirancang. Ada yang mesti buat segera, sebab tak ada dah waktu lain seperti menghadiri pesta buku antarabangsa Kaherah seusuai habis exam. I will need around RM1k. Nak beli buku2 medic, dan tentunya buku2 lain. Mungkin akan beli yang betul2 berkenan saja. Sebab kalo buku yang tak best tak tahu nak jual kat siapa. Dan mungkin akan beli buku2 latest release je. Lepas tu nak lawat Abu Umar. Nak pergi Luxor Aswan. Nak lawat Prof Gad. Kemudian nak attend conferences sebanyak mungkin. Last sekali nak buat kat Mesir sebelum korang datang is to attend Dina's convo. Kat Zagzig for first and last time. Maybe akan turun Mansoura though I dont know apa yang menarik kat sana.

Ada banyak sangat topik belum baca. Dan yang habis 100% pun baru beberapa topik. ObGyne jangan cakap. Tak study lagsung lagi because Surgery is a lot. Dan ada yang dah baca belum hafal. Baru 1st reading. My style bila datang exam kena ada beberapa siri reading. 1st ni baru nak kenal hati budi. Yang kedua baca dan faham. Yang ketiga belek2 soalan. Yang keempat hafal. Yang kelima tulis. Yang keenam, ulang. Huhu..

Rasa nak pergi DMAK la malam ni. Nak makan mee kungfu sambil study kat sana. But my winter coat is still in the laundry. Sejuk ketow la aku nanti kat kafe. Hmm. Nak pergi ke tak ea?